MOTO PPKIBP SMK ARAU, PERLIS

Saturday, May 21, 2011

ANUGERAH YUSUF-ZULAIKHA BULAN 5

Piala pusingan disampaikan oleh PK Pendidikan Khas, Encik Roslan Othman kepada Mohamad Shahmi bin Hashim. Pemenang dinilai dari segi kebersihan pakaian, tingkah laku dan tutur kata.

Pemenang bagi anugerah Zulaikha pula diberikan kepada Azyan binti Mohamad Mustafa berdasarkan kepada kebersihan dan budi bahasa yang tinggi oleh guru-guru. Tahniah kepada pemenang-pemenang.


Monday, May 31, 2010

ANUGERAH YUSUF-ZULAIKHA BULAN 4


LAPORAN BERGAMBAR


Penerima Anugerah Yusuf pada bulan ini diberikan kepada saudara Hasrin Haisyam bin Hassan. Kemenangan beliau dinilai dari segi akhlak iaitu tingkah laku dan kekemasan berpakaian ke sekolah. Tahniah diucapkan....



Penerima Anugerah Zulaikha pula diberi kepada saudari Norhadirah Abdul Halim. Kemenangan beliau juga diadili melalui komunikasi yang bersopan dengan guru dan juga rakan. Syabas diucapkan.




Monday, April 26, 2010

PEMENANG ANUGERAH YUSUF-ZULAIKHA BULAN MAC


Pemenang anugerah Yusuf pada bulan mac jatuh kepada saudara Sobri bin Ishad. Kemenangan beliau dinilai dari sudut kekemasan berpakaian dan komitmen beliau terhadap sebarang aktiviti yang dijalankan oleh sekolah.


Pemenang bagi anugerah Zulaikha pula jatuh kepada saudari Sharifah Khairina binti Syed Idrus. Murid adalah pengawas sekolah PPKIBP Smk Arau. Kemenangan beliau dinilai dari sudut kekemasan berpakaian dan sahsiah murid yang tinggi terhadap guru-guru khasnya.



KEMBALI KE BLOG UTAMA